ApaDulu

Dasar ringkas

Privasi

Ringkasnya: kami tidak mengumpul data peribadi anda. Hampir semua yang anda buat di sini kekal pada peranti anda — pengecualian sahaja ialah jika anda sendiri memilih untuk menghantar laporan melalui borang “Laporkan maklumat salah”.

Apa yang kami simpan

Untuk penggunaan biasa laman ini — melayari panduan, mencari, menanda senarai semak — tiada. ApaDulu tidak memerlukan akaun dan tidak mempunyai pangkalan data pengguna. Pengecualian sahaja ialah borang laporan pilihan yang diterangkan di bawah.

Data yang kekal pada peranti anda

  • Kemajuan senarai semak — langkah yang anda tandakan selesai disimpan dalam localStorage pelayar anda.
  • Carian — dilakukan sepenuhnya dalam pelayar anda. Apa yang anda taip tidak dihantar ke mana-mana pelayan.
  • Maklum balas “Panduan ini membantu?” — jawapan Ya/Tidak anda disimpan dalam localStorage sahaja. ApaDulu tidak menghantar maklum balas ini ke mana-mana pelayan, tidak menggunakan analitik untuk menjejakinya, dan tidak mengumpul atau memaparkan jumlah keseluruhan daripada pengguna lain.
  • Draf laporan “Laporkan maklumat salah” — semasa anda mengisi borang di /lapor, draf disimpan dalam sessionStorage pelayar anda supaya tidak hilang jika muka surat disegar semula secara tidak sengaja. Draf ini dipadam sebaik sahaja laporan berjaya dihantar, atau bila anda memilih Padam draf. Draf ini tidak dihantar ke pelayan sehingga anda menekan Hantar laporan — lihat bahagian seterusnya untuk apa berlaku selepas itu.

Data ini tidak pernah meninggalkan peranti anda. Anda boleh memadamnya bila-bila masa dengan butang Set semula pada mana-mana panduan, atau dengan mengosongkan data laman dalam pelayar.

Akses luar talian & pemasangan

ApaDulu boleh menyimpan salinan halaman panduan pada peranti anda (melalui service worker pelayar) supaya ia masih boleh dibuka walaupun sambungan internet terputus, dan boleh dipasang ke skrin utama seperti aplikasi. Ini hanya menyimpan fail laman web (HTML, gaya, ikon) — bukan carian, checklist, atau apa-apa yang anda taip.

Anda boleh urus dan padam simpanan luar talian ini bila-bila masa di /luar-talian, atau dengan mengosongkan data laman dalam pelayar anda. Memadam simpanan luar talian ini tidak memadam kemajuan senarai semak atau draf laporan anda — kedua-dua itu disimpan secara berasingan (lihat bahagian sebelum ini) dan hanya dipadam melalui butang Set semula masing-masing.

Analitik & kuki

ApaDulu tidak menggunakan kuki penjejakan dan tidak memasang analitik pihak ketiga. Tiada iklan dan tiada profil pengguna dibina.

Pautan luar

Sesetengah panduan memaut ke laman rasmi (contohnya bank atau agensi kerajaan). Apabila anda mengikuti pautan itu, dasar privasi laman itu terpakai, bukan kami.

“Laporkan maklumat salah”

Borang ini bukan analitik dan tidak digunakan untuk menjejak pelawat — ia wujud semata-mata supaya anda boleh memberitahu kami bila sesuatu di ApaDulu tidak tepat. Berbeza daripada bahagian lain laman ini, apa yang anda taip di sini dihantar keluar daripada peranti anda apabila anda menekan Hantar laporan.

  • Laporan dihantar terus ke endpoint yang kami hoskan sendiri di server (VPS) ApaDulu — bukan mana-mana perkhidmatan borang atau analitik pihak ketiga.
  • Endpoint itu menghantar kandungan laporan sebagai e-mel kepada penyelenggara projek ApaDulu untuk semakan.
  • Buat masa ini, Gmail digunakan sebagai peti mel dan penyedia SMTP untuk penghantaran e-mel itu. Ini mungkin berubah pada masa hadapan.
  • E-mel untuk dihubungi semula adalah pilihan — jika anda berikan, ia hanya digunakan untuk susulan berkaitan laporan anda, bukan untuk tujuan lain.
  • Laporan yang diterima boleh kekal dalam peti mel penerima sehingga dipadam secara manual — ia tidak dipadam automatik selepas disemak.
  • Data laporan tidak dijual atau dikongsi untuk pengiklanan.

Jangan masukkan kata laluan, OTP, nombor kad, nombor akaun, nombor IC atau maklumat peribadi sensitif lain dalam borang ini.